Wednesday, November 10

imtihan hakiki


permulaan dengan basmalah penuh barakah...


Pernahkah anda merasa gementar? Takut? Risau? Gelisah? Pastinya kita semua pernah merasai perasaa-perasaan ini terutamanya pabila peperiksaan sudah menjelang tiba. Tatkala peperiksaan sudah berada di ambangnya, pelbagai perasaan yang bermain dalam diri. Ada yang gelisah dan berdebar-debar mengingatkan buku-buku yang banyak yang perlu ditelaah. Namun, ada juga yang yakin dan tenang kerana sudah selesai mengulang kaji pelajaran.

Kebiasaannya, di saat-saat akhirlah ramai yang berlumba-lumba membuat persediaan untuk exam.  Waktu-waktu macam inilah perpustakaan penuh, sana-sini ada sahaja yang membuat study group, buku dan nota tak renggang dari tangan, dan ada juga yang sanggup bersengkang mata demi menghabiskan bab-bab yang belum diulang kaji. Semakin dekat harinya, setiap orang semakin pulun study. Sesetengah student hanya menghafal tanpa mencuba untuk memahami apa yang telah dipelajari. Namun, sesetengah student ada juga yang berusaha untuk memahami apa yang diajar tapi langsung tidak menghafal, akhirnya menjawab tidak mengikut kehendak soalan. Selain itu, terdapat sesetengah student yang lain yang menghafal dan memahami apa yang dipelajari, dan inilah ciri-ciri yang kita mahu! Ciri-ciri pelajar yang cemerlang! Akan tetapi, perkara biasa yang student akan lakukan menjelang akhir peperiksaan adalah mendapat soalan-soalan spot, ‘short-cut’ untuk lulus peperiksaan.

Inilah situasi biasa yang akan kita lihat setiap kali menjelang peperiksaan akhir. Ini baru ujian di dunia, bagaimana pula dengan ujian akhirat kita? Pernahkah terlintas di kotak fikiran anda? Mungkin ini baru ujian kecil di dunia, namun kita harus ingat ujian akhirat kelak lebih besar dan lebih penting. Tahukah anda apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini? Tidak lain tidak bukan adalah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dunia ini adalah medan persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan besar, iaitu Hari Qiamat. Pernahkah anda duduk sejenak dan berfikir, apa usaha yang telah kita lakukan sebagai persediaan menghadapi exam besar ini? Adakah kita telah bertungkus lumus membuat amal sebagai bekalan akhirat kita sebagaimana kita bersungguh-sungguh study untuk exam dunia yang hanya sementara ini?

Allah banyak berfirman dalam kitab-Nya, menjanjikan pelbagai jenis ganjaran bagi mereka yang ‘lulus’ ujian dunia ini seperti dalam surah Qaf:31-34, surah Al-Haqqah:19-22, juga dalam surah Al-Furqan: 75-76. Ganjaran paling hebat pastinya syurga Allah yang menjadi idaman setiap manusia. Namun apakah usaha kita untuk mendapatkannya? Allah Taala juga telah memberikan ‘short-cut’ kepada kita untuk menggandakan amalan kita dengan menurunkan malam al-Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Cuba anda bayangkan banyak mana pahala yang kita dapat apabila kita Berjaya dapatkan malam yang sangat istimewa ini. Pernah anda terfikir semua ini? Semoga sempena imtihan yang makin dekat ini, di samping sibuk dengan study, jangan lupa juga akan imtihan sebenar kita di akhirat kelak. Dunia ini hanyalah sementara, akhirat itulah yang kekal abadi. Jom lumba-lumba kumpul amalan buat bekalan akhirat kelak! (^_~).

Fastabiqulkhairat! (^_^)

0 comments:

Post a Comment

 

destinasi menuju ILAHI Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez