Tuesday, December 14

hanya dengan-Mu aku tenang ~



Tuhan sentuh aku dengan cinta-Mu
Basuh rindu dendam hatiku
Berlari mencari diri-Mu
Terbata meraba di fatamorgana dunia

Tuhan ampun bila hamba terlena arungi sang hidup
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang

Berlari mencari terlempar tak pasti
Terbata meraba di fatamorgana dunia
Menangis tercenung nafsu butakan sang mata
Berlutut memohon Engkau ampuni sang jiwa

Lewati sepi lewati duka
Di kehidupan yang sementara
Di dalam bising di dalam tawa
Hanya dengan-Mu aku tenang
Aku tenang
Aku tenang

Opick- DenganMu aku Tenang

" Ya Rabb, berilah daku ketenangan yang berterusan agar aku dapat lalui hidup yg penuh onak & duri ini dengan tenang! "

"ingatlah Allah dimana kita berada.. dengan ini kita pasti tenang dalam apa jua keadaan iAllah"


    - just a lil da'ie (^_~)


Monday, November 15

O.P.T.i.M.i.S.T.i.C




let's looking forward...


always try to be...






never underestimate others.... 






thus, u'll...


do ur BEST!

 u've right to make a choice....








                    please...never give up!

                      but keep it up!



Wednesday, November 10

imtihan hakiki


permulaan dengan basmalah penuh barakah...


Pernahkah anda merasa gementar? Takut? Risau? Gelisah? Pastinya kita semua pernah merasai perasaa-perasaan ini terutamanya pabila peperiksaan sudah menjelang tiba. Tatkala peperiksaan sudah berada di ambangnya, pelbagai perasaan yang bermain dalam diri. Ada yang gelisah dan berdebar-debar mengingatkan buku-buku yang banyak yang perlu ditelaah. Namun, ada juga yang yakin dan tenang kerana sudah selesai mengulang kaji pelajaran.

Kebiasaannya, di saat-saat akhirlah ramai yang berlumba-lumba membuat persediaan untuk exam.  Waktu-waktu macam inilah perpustakaan penuh, sana-sini ada sahaja yang membuat study group, buku dan nota tak renggang dari tangan, dan ada juga yang sanggup bersengkang mata demi menghabiskan bab-bab yang belum diulang kaji. Semakin dekat harinya, setiap orang semakin pulun study. Sesetengah student hanya menghafal tanpa mencuba untuk memahami apa yang telah dipelajari. Namun, sesetengah student ada juga yang berusaha untuk memahami apa yang diajar tapi langsung tidak menghafal, akhirnya menjawab tidak mengikut kehendak soalan. Selain itu, terdapat sesetengah student yang lain yang menghafal dan memahami apa yang dipelajari, dan inilah ciri-ciri yang kita mahu! Ciri-ciri pelajar yang cemerlang! Akan tetapi, perkara biasa yang student akan lakukan menjelang akhir peperiksaan adalah mendapat soalan-soalan spot, ‘short-cut’ untuk lulus peperiksaan.

Inilah situasi biasa yang akan kita lihat setiap kali menjelang peperiksaan akhir. Ini baru ujian di dunia, bagaimana pula dengan ujian akhirat kita? Pernahkah terlintas di kotak fikiran anda? Mungkin ini baru ujian kecil di dunia, namun kita harus ingat ujian akhirat kelak lebih besar dan lebih penting. Tahukah anda apa tujuan kita dihidupkan di dunia ini? Tidak lain tidak bukan adalah sebagai khalifah di muka bumi ini. Dunia ini adalah medan persediaan kita untuk menghadapi peperiksaan besar, iaitu Hari Qiamat. Pernahkah anda duduk sejenak dan berfikir, apa usaha yang telah kita lakukan sebagai persediaan menghadapi exam besar ini? Adakah kita telah bertungkus lumus membuat amal sebagai bekalan akhirat kita sebagaimana kita bersungguh-sungguh study untuk exam dunia yang hanya sementara ini?

Allah banyak berfirman dalam kitab-Nya, menjanjikan pelbagai jenis ganjaran bagi mereka yang ‘lulus’ ujian dunia ini seperti dalam surah Qaf:31-34, surah Al-Haqqah:19-22, juga dalam surah Al-Furqan: 75-76. Ganjaran paling hebat pastinya syurga Allah yang menjadi idaman setiap manusia. Namun apakah usaha kita untuk mendapatkannya? Allah Taala juga telah memberikan ‘short-cut’ kepada kita untuk menggandakan amalan kita dengan menurunkan malam al-Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Cuba anda bayangkan banyak mana pahala yang kita dapat apabila kita Berjaya dapatkan malam yang sangat istimewa ini. Pernah anda terfikir semua ini? Semoga sempena imtihan yang makin dekat ini, di samping sibuk dengan study, jangan lupa juga akan imtihan sebenar kita di akhirat kelak. Dunia ini hanyalah sementara, akhirat itulah yang kekal abadi. Jom lumba-lumba kumpul amalan buat bekalan akhirat kelak! (^_~).

Fastabiqulkhairat! (^_^)

Tuesday, September 7

"apa KITA ada?"


Permulaan penuh barakah dgn basmalah =D


  
Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice; 
it is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieve!


Teringat akan sebuah pertanyaan yg pernah satu ketika dilontarkan, "apa yang kita (manusia) ada?".... pada mulanya memang terdiam sebentar, tak pernah pula aku tanya soalan ini pada diriku sendiri. Bila aku tanya kawan-kawan sekeliling, ramai yang menjawab amalan dan ada juga yang menjawab "kita tak ada apa-apa" . Tetapi sebenarnya tidak!  Kita bukan tiada apa-apa, sebenarnya kita ada PILIHAN. Setiap manusia yang lahir memang sejak asalnya muslim tetapi ketika mereka lahir ke dunia, Allah beri mereka pilihan untuk memilih kehidupan mereka. 

Begitu juga dengan kita. 

Kita ada pilihan...
Kita yang ada hak untuk memilih jalan hidup kita!

Ana sangat suka dengan kata2 hikmat di atas... ya! memang Allah sudah menetapkan takdir untuk kita tapi kita boleh untuk mengubahnya melainkan takdir yang sudah tetap seperti ajal dan rezeki.

Namun, ramai manusia di luar sana yang tidak tahu... mereka sebenarnya ada pilihan untuk buat dosa atau tinggalkan! Tapi kita selalu dengar orang berkata:

"aku memang dah jahat, tak layak nak buat baik atau berkawan dengan orang baik".

Inilah persepsi yang selalu kita dengar yang sebenarnya SALAH! Kita bukanlah dilahirkan ada yang baik & ada yang jahat tetapi kita semua dilahirkan BAIK. Then, Allah bagi kita pilihan & yang memilih itu adalah diri kita sepenuhnya. 

Ingatlah teman-teman serta sahabat-sahabat, kita yang MEMILIH untuk jadi diri kita & Allah hanya menilai. Jika kita mahu berubah, kita mampu untuk memilih untuk jadi lebih baik... insyaAllah (^_^)

Ramadhan bakal meninggalkan kita tak lama lagi... JOM! Berlumba-lumbalah berbuat kebaikan! kita ada pilihan! We have CHOICE! (^_~) 

Jangan biarkan Ramadhan berlalu dengan sia-sia...

waAllahua'laam ~ 

*p/s: salam ramadhan al-mubarak! Jom sama2 'berebut'! =D



7 september 2010<<
28 ramadhan 1431H <<
12.00 pm (waktu M'sia)<<

Tuesday, June 8

Bukalah Mata Bukalah Hati !!


Permulaan penuh barakah dgn basmalah~


berapa banyak lagi air mata
berapa banyak lagi luka-luka
yang bisa membuka setiap mata
bahwa tangan kita telah membuatnya
berapa banyak lagi pohon tumbang
berapa banyak derita menyapamu
berapa banyak lagi bencana
dan kita menjadi saksi semua

tak cukupkah semua
apa yang terjadi
membuka sang mata
membuka sang hati
dan lihatlah semua
apa yang terjadi
semua tutup mata
semua tutup hati

berapa lama lagi untuk hati
tersimpuh dan kembali pada Illahi
berapa lama lagi untuk jiwa
tersadar untuk kembali padaNya
tak cukupkah semua
apa yang terjadi
membuka sang mata
membuka sang hati
dan lihatlah semua
apa yang terjadi
semua tutup mata
semua tutup hati
tak cukupkah semua
apa yang terjadi

dan lihatlah semua
apa yang terjadi
tak bisa sembunyi dan tutup mata hati

Petikan lirik "Tak Cukupkah Semua" oleh Opick

Lagu ini sangat menyentap hati kerana itulah realitinya, apa yang berlaku hari ini. Banyak ujian & bencana yang Allah tunjukkan di depan mata kita, gempa bumi, tsunami, ribut... umat Islam disembelih dengan kejam tanpa dibela... semua ini tujuannya adalah untuk membuka mata & hati kita... Namun, apa yang kita buat? kita langsung tidak peduli... mungkinlah sedikit peduli tetapi hanyalah seperti 'pisang goreng panas' sahaja... insaf hanya sebentar, kemudian kehidupan biasa diteruskan... dengan hiburan yang melampau-lampau, maksiat berleluasa, tiada yang peduli... masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Apa lagi yang patut dibuat agar manusia membuka mata & hati dengan sebetul-betulnya? Tak cukup lagi dengan petanda-petanda & bukti-bukti yang Allah tunjukkan? Semua apa yang disebut dalam Al-Quran semuanya telah terbukti benar & betul-betul berlaku. Apakah semua ini masih belum cukup? 

Di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 jelas menyebut bahawa

"Sesungguhnya Allah takkan merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka."

Ini bermakna tugas kita para da'ie masih belum selesai! Masih ramai lagi manusia yang masih 'tidur'!! Kalau bukan kita yang akan mengejutkan mereka, siapa lagi? Tunjuklah banyak mana bukti pun pada mereka, kalau mereka masih dalam keadaan 'mamai' , separuh sedar, sia-sia sahaja. Apa lagi sahabat-sahabat? Jom teruskan kerja dakwah kita! Janganlah hanya menyibukkan diri dengan bertelagah & saling salah faham sesama kita! Tujuan kita semua sama cuma mungkin cara yang berbeza & itu bukanlah satu masalah. Masih ramai lagi manusia yang perlu kita 'kejut' & 'bangunkan'!! Betulkan niat... ikhlaskan hati... buka mata... bukalah hati!! ^_~ 

WaAllahua'laam~

p/s: setelah sekian lama xmenulih..huhu. Masih dalam proses pembelajaran.. aki dah tua..he. =p




Friday, February 19

Beringat-ingat sebelum diri tersengat!


Permulaan yang aula dgn Bismillah ~

Setelah hampir seminggu bercuti, terdetik di dalam kotak fikiranku apakah yang telah aku sepanjang cuti ini? adakah telah aku penuhi masa2 kosong yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat? ataukah aku hanya biarkan ianya berlalu begitu sahaja dengan sia2? Pelbagai persoalan yang bermain di minda ini yang kadang2 aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya. Namun bagi diri si penulis, cuti ini agak hambar kerna banyak masa yang ada berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat, pada awal cuti agak sibuk dengan program luar, hantar sahabat yang akan fly oversea,dan ziarah senior yang kurang sihat.. namun yang lain banyak dihabiskan di rumah. Mungkin ini juga yang berlaku pada diri anda semua. Sudah menjadi adat apabila pulang ke kampung halaman, bertemu dengan orang2 tersayang, mak ayah adik2 kakak abang,sahabat2 lama... banyak perkara yang ingin dikongsikan.. banyak perkara yang ingin dibuat.. pada waktu yang sama, banyak juga kerja2 sebagai pelajar yang perlu diselesaikan.. assignment bukan satu dua, banyak dan kadang kala pabila terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan menyebabkan diri mudah melencong pada perkara2 yang lain yang tidak berfaedah. ( sebabnya, dah tak tau nak start yang mana dulu..huhu )

Namun, apakah penyelesaian untuk masalah ini??

diri kita lebih memahami.. jangan hanya melihat perkara ini sebagai masalah semata tetapi carilah jalan penyelesaiannya! Itu yang sepatutnya kita lakukan kerna kita bergelar "pelajar".. bukan orang2 sembarangan tetapi orang2 yang berpelajaran, orang2 cerdik pandai!

Ada yang mengatakan, sibuk-sibukkanlah diri dengan aktiviti yang bermanfaat agar kita tidak akan terjebak dengan perkara2 yang sia2...sibukkan diri dengan mengikuti program2 bermanfaat, sibukkan diri dengan beribadah & melakukan amalan2 sunat, sibukkan diri dengan membuat kerja2 rumah, sibukkan diri dengan tugas2 yang belum selesai...

jangan hanya sibuk dengan menonton filem2 & drama2... jangan hanya sibukkan diri dengan melayari website2 seperti you tube, facebook, friendster...etc.. jangan hanya sibukkan diri dengan bergayut dan berbual kosong di telefon... etc.

Sebagai peringatan buat diri ini yang sentiasa lalai & leka juga buat kita bersama... Beringat2lah sebelum diri kita yang tersengat dek racun2 & bisa iblis & hawa nafsu... na'udzubillah!!


Selamat menyiapkan assignment yang masih tergendala! (^_^)

waAllahua'laam~

Sunday, January 31

Singgah sebentar ~


permulaan yg penuh barakah dengan basmalah...

lama sudah hamba tidak menulis di blog ini...
singgah pun kadang2 sahaja..
bukan bermakna hamba sudah lupa akan blog ini...
bukan juga bermakna hamba tidak mahu lagi menukilkan lagi karya-karya hamba disini..
namun hamba belum berkesempatan mengarang lagi...
just mahu berkongsi nukilan teman hamba...
hayatilah... (^_~)


PERIHAL HATI........
Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya.

Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.
Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.
Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.
Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.
Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.
Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redho pada kita.
Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.



 

destinasi menuju ILAHI Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez