Tuesday, June 8

Bukalah Mata Bukalah Hati !!


Permulaan penuh barakah dgn basmalah~


berapa banyak lagi air mata
berapa banyak lagi luka-luka
yang bisa membuka setiap mata
bahwa tangan kita telah membuatnya
berapa banyak lagi pohon tumbang
berapa banyak derita menyapamu
berapa banyak lagi bencana
dan kita menjadi saksi semua

tak cukupkah semua
apa yang terjadi
membuka sang mata
membuka sang hati
dan lihatlah semua
apa yang terjadi
semua tutup mata
semua tutup hati

berapa lama lagi untuk hati
tersimpuh dan kembali pada Illahi
berapa lama lagi untuk jiwa
tersadar untuk kembali padaNya
tak cukupkah semua
apa yang terjadi
membuka sang mata
membuka sang hati
dan lihatlah semua
apa yang terjadi
semua tutup mata
semua tutup hati
tak cukupkah semua
apa yang terjadi

dan lihatlah semua
apa yang terjadi
tak bisa sembunyi dan tutup mata hati

Petikan lirik "Tak Cukupkah Semua" oleh Opick

Lagu ini sangat menyentap hati kerana itulah realitinya, apa yang berlaku hari ini. Banyak ujian & bencana yang Allah tunjukkan di depan mata kita, gempa bumi, tsunami, ribut... umat Islam disembelih dengan kejam tanpa dibela... semua ini tujuannya adalah untuk membuka mata & hati kita... Namun, apa yang kita buat? kita langsung tidak peduli... mungkinlah sedikit peduli tetapi hanyalah seperti 'pisang goreng panas' sahaja... insaf hanya sebentar, kemudian kehidupan biasa diteruskan... dengan hiburan yang melampau-lampau, maksiat berleluasa, tiada yang peduli... masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Apa lagi yang patut dibuat agar manusia membuka mata & hati dengan sebetul-betulnya? Tak cukup lagi dengan petanda-petanda & bukti-bukti yang Allah tunjukkan? Semua apa yang disebut dalam Al-Quran semuanya telah terbukti benar & betul-betul berlaku. Apakah semua ini masih belum cukup? 

Di dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 jelas menyebut bahawa

"Sesungguhnya Allah takkan merubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka."

Ini bermakna tugas kita para da'ie masih belum selesai! Masih ramai lagi manusia yang masih 'tidur'!! Kalau bukan kita yang akan mengejutkan mereka, siapa lagi? Tunjuklah banyak mana bukti pun pada mereka, kalau mereka masih dalam keadaan 'mamai' , separuh sedar, sia-sia sahaja. Apa lagi sahabat-sahabat? Jom teruskan kerja dakwah kita! Janganlah hanya menyibukkan diri dengan bertelagah & saling salah faham sesama kita! Tujuan kita semua sama cuma mungkin cara yang berbeza & itu bukanlah satu masalah. Masih ramai lagi manusia yang perlu kita 'kejut' & 'bangunkan'!! Betulkan niat... ikhlaskan hati... buka mata... bukalah hati!! ^_~ 

WaAllahua'laam~

p/s: setelah sekian lama xmenulih..huhu. Masih dalam proses pembelajaran.. aki dah tua..he. =p




Friday, February 19

Beringat-ingat sebelum diri tersengat!


Permulaan yang aula dgn Bismillah ~

Setelah hampir seminggu bercuti, terdetik di dalam kotak fikiranku apakah yang telah aku sepanjang cuti ini? adakah telah aku penuhi masa2 kosong yang ada dengan sesuatu yang bermanfaat? ataukah aku hanya biarkan ianya berlalu begitu sahaja dengan sia2? Pelbagai persoalan yang bermain di minda ini yang kadang2 aku sendiri tidak mampu untuk menjawabnya. Namun bagi diri si penulis, cuti ini agak hambar kerna banyak masa yang ada berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara yang bermanfaat, pada awal cuti agak sibuk dengan program luar, hantar sahabat yang akan fly oversea,dan ziarah senior yang kurang sihat.. namun yang lain banyak dihabiskan di rumah. Mungkin ini juga yang berlaku pada diri anda semua. Sudah menjadi adat apabila pulang ke kampung halaman, bertemu dengan orang2 tersayang, mak ayah adik2 kakak abang,sahabat2 lama... banyak perkara yang ingin dikongsikan.. banyak perkara yang ingin dibuat.. pada waktu yang sama, banyak juga kerja2 sebagai pelajar yang perlu diselesaikan.. assignment bukan satu dua, banyak dan kadang kala pabila terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan menyebabkan diri mudah melencong pada perkara2 yang lain yang tidak berfaedah. ( sebabnya, dah tak tau nak start yang mana dulu..huhu )

Namun, apakah penyelesaian untuk masalah ini??

diri kita lebih memahami.. jangan hanya melihat perkara ini sebagai masalah semata tetapi carilah jalan penyelesaiannya! Itu yang sepatutnya kita lakukan kerna kita bergelar "pelajar".. bukan orang2 sembarangan tetapi orang2 yang berpelajaran, orang2 cerdik pandai!

Ada yang mengatakan, sibuk-sibukkanlah diri dengan aktiviti yang bermanfaat agar kita tidak akan terjebak dengan perkara2 yang sia2...sibukkan diri dengan mengikuti program2 bermanfaat, sibukkan diri dengan beribadah & melakukan amalan2 sunat, sibukkan diri dengan membuat kerja2 rumah, sibukkan diri dengan tugas2 yang belum selesai...

jangan hanya sibuk dengan menonton filem2 & drama2... jangan hanya sibukkan diri dengan melayari website2 seperti you tube, facebook, friendster...etc.. jangan hanya sibukkan diri dengan bergayut dan berbual kosong di telefon... etc.

Sebagai peringatan buat diri ini yang sentiasa lalai & leka juga buat kita bersama... Beringat2lah sebelum diri kita yang tersengat dek racun2 & bisa iblis & hawa nafsu... na'udzubillah!!


Selamat menyiapkan assignment yang masih tergendala! (^_^)

waAllahua'laam~

Sunday, January 31

Singgah sebentar ~


permulaan yg penuh barakah dengan basmalah...

lama sudah hamba tidak menulis di blog ini...
singgah pun kadang2 sahaja..
bukan bermakna hamba sudah lupa akan blog ini...
bukan juga bermakna hamba tidak mahu lagi menukilkan lagi karya-karya hamba disini..
namun hamba belum berkesempatan mengarang lagi...
just mahu berkongsi nukilan teman hamba...
hayatilah... (^_~)


PERIHAL HATI........
Jika kita bergantung penuh pada Allah. kita tidak akan lekas menggelabah. Hati kita akan sentiasa tenang sama ada ketika ditimpa musibah atau ketika mendapat kebaikan.

Sentiasalah sucikan hati, memohon ampun dan beristighfar padaNya.

Ingat Allah.... hati jadi tenang..!

Andai hati masih kuat terarah ke dunia yang fana... kita masih hina dalam penilaian Allah.
Andai hati kita masih bimbang/ takut dengan makhluk/manusia.... kita masih belum mengadap Allah dalam erti kata yang sebenarnya.
Andai dalam hati masih terdetik, mengajak untuk beramal..... maknanya bantuan Allah sudah tiba.
Andai hati membuat kita untuk tahu lebih banyak ilmu (mahu belajar).... tandanya Allah hendak kita cenderung padaNya.
Andai hati kuat untuk mengadu pada Allah.... seolah-olah pintu dialog dengan Allah telah terbuka.
Andai hati kita kukuh/ kuat menghadapi musibah... tandanya Allah memberi petunjuk pada kita bahawa kita perlu bersabar.
Andai dalam hati dapat menerima segala ketentuan (pahit/manis kehidupan,) ...tandanya Allah redho pada kita.
Andai dalam hati kita dapat menghilangkan kepercayaan selain dari Allah...tandanya kita diperhatikan oleh Allah untuk mengadapNya.



Tuesday, December 22

"Husnu dzon" is the best way!


Berikut ana kongsikan bersama tips dari Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan:

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. 

Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.



Na'uudzubillah! Marilah sama2  duduk sebentar renung sejenak apakah kita selalu bersangka baik dengan sahabat-sahabat kita apa lagi ahli famili kita??


WaAllahua'laam~

Thursday, December 10

Teman Suka, Teman Duka


permulaan yang penuh barakah dengan basmalah ~

Pabila Berteman
Setiap manusia  perlukan teman untuk berbicara, berkongsi suka duka, berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat, dan sebagainya. Ada pepatah mengatakan; "teman suka mudah dicari akan tetapi teman duka sukar dicari", ada juga yang mengatakan "teman tertawa di mana-mana, sahabat berduka sukar dicari". Ramai orang akui akan hakikat ini. Mengapa ya?

Kita gembira pabila teman-teman kita gembira namun di kala mereka sedih & bermasalah, kita tak mahu mendekati mereka. Ada sesetengah orang mengatakan, "biarlah dia pulih dulu, baru kita berkawan balik dengan dia,". Ada pula yang kata, "Dia nak bersendirian...biar la dia,". Sudahkah kita bertanya apakah masalah yang dihadapi teman kita? Apa sebabnya dia berduka? Ramai orang hanya suka membuat tanggapan awal sebelum bertanya terlebih dahulu.

Setelah kira-kira 20 tahun hidup berkawan, rasanya sudah berbagai-bagai pengalaman yang dilalui sepanjang diri ini bersahabat. Ada yang suka, ada juga yang duka. Di waktu gembira, ketawa bukan main hingga dunia pun sudah lupa. Bila datang masa sedih, siapa pun tidak tahu. Mungkin kerna diri ini yang lebih suka menyimpan masalah dalam diri. Itu pun satu hal juga! Kadang kala apabila dipendam-pendam, itulah yang menjadikan kita stress, tension, futur, moody, dan macam-macam lagi.

Mungkin lelaki tidak sama agaknya. Tetapi kalau bagi perempuan begitulah biasanya. Kaum Adam perlu tahu juga! Supaya mudah bila sudah berumah tangga kelak, tahulah bila si isteri merajuk atau marah. (^_^)

Memahami Teman
Bukan mudah untuk memahami isi hati orang lain apatah lagi mereka yang bukan ahli keluarga kita. Namun begitu, kita harus mengenali dan memahami hati teman-teman kita. Bagaimana untuk memahaminya ialah dengan sentiasa mengambil berat akan rakan-rakan kita. Tahu apa yang mereka suka, apa yang mereka tidak suka, apa yang mereka selalu buat, apa yang mereka jarang buat, sehinggakan apa yang mereka sedang fikirkan, mereka terasa dengan kita atau sebaliknya, itu lebih bagus! ^_~

Untuk memahami lebih mendalam, kita seharusnya lebih kerap bersembang dengan sahabat kita. Banyakkan masa bersamanya, kenali ahli keluarganya, cuba untuk selami hatinya. Namun begitu, pada hari ini masih ada teman-teman kita yang mengalami masalah "cemburu" dalam berkawan. Mengapa perlu cemburu? kita perlu berkawan dengan semua bukan hanya seorang sahaja. Menurut pandangan kaca mata saya, bukan sahaja kanak-kanak tadika yang alami masalah berebut kawan, hatta di universiti pun masih ada sebilangan manusia yang mengalami masalah yang sama. Apa puncanya? Kurang matang atau kurang sayang?

Apakah teman karib itu hanya perlu seorang sahaja? Pernah seorang sahabat saya berkata: "biasalah, kalau dah berkawan 3 orang pasti akan ada yang cemburu;". Kenapa perlu tanam dalam diri perspektif sebegitu? Inilah salah satu faktor mengapa Islam hingga kini mundur,  kerna umatnya sibuk dengan masalah hubungan sesama mereka walhal masih ada perkara yang lebih besar yang perlu dipikirkan iaitu masalah umat & agama, bukan masalah kawan-kawan yang remeh ini!

Teman Seperjuangan
Ini baru masalah dengan teman-teman biasa, belum lagi antara teman-teman seperjuangan atau dengan kata lain, teman se'fikrah'. Sangat berbeda di antara teman se'fikrah' dengan teman biasa. Teman yang sama fikrah ini biasanya lebih memahami diri kita kerana mereka hampir sama dengan kita, masalah hampir serupa, bisa membincangkan tentang isu yang sefahaman tanpa perlu berlapik-lapik. Biasanya merekalah yang akan menjadi teman suka dan duka kerana mereka lebih memahami akan konsep "al-muslim akhu muslim".

Namun, semakin erat & rapat hubungan maka di situlah datangnya ujian Allah untuk menguji sejauh mana kuatnya hubungan silaturrahim yang terjalin. Adakah dengan ujian ini mampu untuk merenggangkan hubungan yang telah terbina kukuh sebelum ini? Biasa kita lihat teman-teman seperjuangan kita ter'sungkur' di pertengahan jalan dek ujian yang datang daripada Allah Taala. Bak kata orang walau sehebat mana pun tarbiyah seseorang itu, tidak mustahil dia akan jatuh dengan godaan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia sekiranya dia tidak menjaga imannya dengan baik. Na'udzubillah!

Di sinilah kita perlu memainkan peranan kita sebagai sahabat kerana seperti yang kita tahu "sahabat adalah mencerminkan diri kita yang sebenar". Mahukah kita melihat sahabat-sahabat kita terjunam jatuh ke dalam neraka? Kadang kala kita tidak  perasan akan perubahan dalam diri kita, namun sahabat kita  dapat melihatnya. Oleh sebab itu, kita hendaklah menerima teguran dengan hati yang terbuka.


Kelebihan & Kekurangan
Pernah suatu ketika pernah saya ditegur oleh sahabat saya agar menjaga mulut , iaitu berhati-hati pabila ingin berbicara. Tahu sajalah kadang kala pabila kita berbual seronok sangat sehingga tidak perasan apa yang kita katakan telah menyakiti hati sahabat yang lain. Kita juga harus tahu bahawa setiap orang dijadikan Allah mempunyai kelebihan & kekurangan. Seharusnya kita berusaha untuk menerima kelemahan sahabat kita dan meraikan kelebihannya yang ada.

Sekiranya kita melihat kekurangan dalam diri sahabat kita, cuba untuk memperbaikinya tetapi bukan mudah bagi seseorang untuk mengubah tabiat yang sudah dibiasakan. Kita harus ingat itu! Cuba juga untuk menutup kelemahan mereka dengan mencari kelebihan yang ada pada mereka. Begitu juga dengan kita, apabila mendapat teguran maka terimalah dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk mengislahkan diri. Janganlah terlalu cepat give-up dengan teguran yang diberikan tetapi cuba untuk mencari kelebihan diri kita agar kita akan lebih bersyukur & bersemangat! (*_*)


Terima Seadanya
Segala kelebihan dan kekurangan pada diri kita juga sahabat-sahabat kita haruslah diterima dengan seadanya. Ingatlah! pasti ada hikmah di sebalik tiap-tiap yang berlaku. Seperti kata-kata Allah di dalam kitab-Nya dalam surah Al -Mukminun ayat 115 yang berbunyi:




(115) أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّما خَلَقْناكُمْ عَبَثاً وَ أَنَّكُمْ إِلَيْنا لا تُرْجَعُونَ


Apakah kamu menyangka bahwa itu semua Kami jadikan dengan sia-sia (tiada maksud), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? 

Kerana itulah pentingnya kita memahami hati sahabat kita. Ada masanya kita perlu mendekatinya  di kala dia dalam kesedihan dan bermasalah. Mungkin dia tidak mampu atau sukar untuk berkongsi masalahnya dengan kita tetapi sekurang-kurangnya kita sentiasa ada di sisinya untuk memberi semangat dan sokongan kepadanya. Begitu juga dengan kita, seeloknya kita khabarkan jika kita ada masalah agar teman kita merasakan bahawa dia dihargai sebagai seorang teman. Bukan dengan bermasam muka sehingga membuatkan teman kita terasa hati dengan kita gara-gara masalah kita yang tidak mahu diluahkan. Akhirnya, hubungan menjadi semakin renggang dan bergembiralah para syaitan melihatnya.

Pernah diperkatakan oleh ibu ketika saya mengadu kepadanya mengenai masalah yang dihadapi, kata ibu, "Biasalah dalam berkawan, pasti akan berlaku perkara sebegini. Kita semua manusia, ada kelebihan & kelemahan. Apatah lagi bagi kita yang berfikrah dan faham Islam, lebih besar ujiannya. Syaitan yang datang tu bukan syaitan yang biasa-biasa, malah yang berpangkat General yang datang. Itu sebabnya mereka yang kuat iman pun kadang-kadang boleh kalah,"

Jaga Diri, Jaga Teman, Jaga Iman
Langkah yang terbaik adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan" atau kata pepatah arab, " al-wiqayah khairu minal 'ilaaj". Marilah kita sama-sama menjaga diri, bukan saja diri kita malah diri sahabat-sahabat kita agar sama-sama mendapat ganjaran syurga di hari akhirat kelak. Allah tidak akan mengubah hati seseorang sehingga dirinya sendiri yang ingin mengubahnya.

WaAllahua'laam ~

Wednesday, December 9

Fiqh & Usul Fiqh, Beza atau Serupa?


Permulaan penuh barakah dengan Basmalah...



Bermula di sekolah rendah lagi ibu bapa sudah mula menghantar anak2 mereka ke kelas2 fardhu 'ain di petang hari, manakala kelas mengaji pula di malamnya, dengan harapan anak2 mereka bakal menjadi seorang muslim yang mendapat pendidikan agama yang sempurna.


Sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan ilmu2 Fiqh; solat, puasa, hukum-hakam, halal haram....dan sebagainya. Apakah sebenarnya kita tahu apa maksud "fiqh" itu sendiri? Adakah sekadar hukum-hakam? Kalau dilihat dari segi bahasa Arab, "fiqh" membawa maksud "tahu" atau "faham". Maka Fiqh Islam adalah bermaksud, memahami Islam. Bagaimana? Itulah sebabnya adanya ilmu Fiqh, ilmu yang mengajar kita bagaimana cara kita ingin mengamalkan Islam dengan betul; iaitu melalui amal ibadah, solat, puasa, berzikir, dan seumpamanya. Apabila kita sudah berjaya mengamalkan Islam secara syumul, secara tidak langsung kita akan  memahami apa erti sebenar Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.


Bermula di sekolah rendah lagi, anak-anak dididik dan diajar cara-cara sembahyang, apa rukun-rukun solat, apa yang boleh membatalkan solat, cara-cara puasa, dan sebagainya. Kemudian mereka mula melangkah ke alam remaja, mula menjejakkan kaki di sekolah menengah. Sampai ke tingkatan 4, ada yang mula mengenali ilmu Usul Fiqh dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Di situlah mereka mula mengenali istihsan, istishab, sadduzz zarai' dan banyak lagi istilah-istilah baharu yang belum pernah dengar.


Apa bezanya Fiqh & Usul Fiqh? Sama atau serupa? Dua-dua adalah ilmu yang berbeza, seperti yang disebut sebentar tadi, Fiqh adalah ilmu untuk memahami Islam dalam konteks praktikalnya. Kita belajar cara-cara untuk beribadah, apa hukum sesuatu amalan itu, haram / halal / harus / apa? Berbeda pula dengan ilmu Usul Fiqh, ilmu yang membincangkan tentang bagaimana untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu. Misalnya, bagaimana minum arak dihukumkan haram, diambil dalil pengharaman dari mana,? maka dalam ilmu Usul Fiqh akan diperbincangkan mengenai perkara ini.

Namun, kebanyakan pelajar pada hari ini kurang memberi penghayatan dalam pembelajaran mereka. Ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang tapi tidak ramai yang betul-betul faham apa yang telah dipelajari mereka di sekolah. Itulah sebabnya pabila ditanya semula tentang apa yang telah dipelajari ketika di sekolah, mereka gagal untuk menjawab. Nasihat buat adik-adik yang masih di bangku sekolah juga buat sahabat-sahabat yang sudah menjejakkan kaki di alam kampus termasuklah diri penulis sendiri, marilah kita sama-sama belajar dengan bersungguh-sungguh bukan sahaja kita memahami apa yang dipelajari malah kita menghayatinya dengan hati dan dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian. insyaAllah.

WaAllahua'laam ~

* Sedikit pengenalan mengenai ilmu Fiqh & Usul Fiqh. Sebagai perkongsian ilmu buat semua. insyaAllah akan bersambung di entri siri seterusnya! (^_^)

Tuesday, December 8

tambah pengalaman >>luas pandangan (^o^)






alhamdulillah~ baru shj pulang dari KK, Perak setelah berkampung di sana 4hari 3mlm. Satu pengalaman yang baharu telah ditambah lagi untuk diri yang penuh dengan kelemahan ini. Semoga dengan tertambahnya pengalaman yang baharu ini akan menjadikan diri ini lebih baik & mantop! Thanks 2 all my friends in JK Media. Banyak bantu ana yang amat2 lah lemah dalam penulisan nih. Satu artikel pendek pun ambil masa yang lama untuk mengarangnya...huhu. Harapnya dengan bertambahnya pengalaman ini, semakin luaslah pandangan & makin terbuka pemikiran. insyaAllah! *o* 

waAllahua'laam~

p/s: nanti cek sambung lagi no... xlarat menulih..hoho :p
 

destinasi menuju ILAHI Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez