Wednesday, December 9

Fiqh & Usul Fiqh, Beza atau Serupa?


Permulaan penuh barakah dengan Basmalah...



Bermula di sekolah rendah lagi ibu bapa sudah mula menghantar anak2 mereka ke kelas2 fardhu 'ain di petang hari, manakala kelas mengaji pula di malamnya, dengan harapan anak2 mereka bakal menjadi seorang muslim yang mendapat pendidikan agama yang sempurna.


Sejak kecil lagi kita sudah didedahkan dengan ilmu2 Fiqh; solat, puasa, hukum-hakam, halal haram....dan sebagainya. Apakah sebenarnya kita tahu apa maksud "fiqh" itu sendiri? Adakah sekadar hukum-hakam? Kalau dilihat dari segi bahasa Arab, "fiqh" membawa maksud "tahu" atau "faham". Maka Fiqh Islam adalah bermaksud, memahami Islam. Bagaimana? Itulah sebabnya adanya ilmu Fiqh, ilmu yang mengajar kita bagaimana cara kita ingin mengamalkan Islam dengan betul; iaitu melalui amal ibadah, solat, puasa, berzikir, dan seumpamanya. Apabila kita sudah berjaya mengamalkan Islam secara syumul, secara tidak langsung kita akan  memahami apa erti sebenar Islam yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad s.a.w.


Bermula di sekolah rendah lagi, anak-anak dididik dan diajar cara-cara sembahyang, apa rukun-rukun solat, apa yang boleh membatalkan solat, cara-cara puasa, dan sebagainya. Kemudian mereka mula melangkah ke alam remaja, mula menjejakkan kaki di sekolah menengah. Sampai ke tingkatan 4, ada yang mula mengenali ilmu Usul Fiqh dalam subjek Pendidikan Syariah Islamiah (PSI). Di situlah mereka mula mengenali istihsan, istishab, sadduzz zarai' dan banyak lagi istilah-istilah baharu yang belum pernah dengar.


Apa bezanya Fiqh & Usul Fiqh? Sama atau serupa? Dua-dua adalah ilmu yang berbeza, seperti yang disebut sebentar tadi, Fiqh adalah ilmu untuk memahami Islam dalam konteks praktikalnya. Kita belajar cara-cara untuk beribadah, apa hukum sesuatu amalan itu, haram / halal / harus / apa? Berbeda pula dengan ilmu Usul Fiqh, ilmu yang membincangkan tentang bagaimana untuk mengeluarkan sesuatu hukum itu. Misalnya, bagaimana minum arak dihukumkan haram, diambil dalil pengharaman dari mana,? maka dalam ilmu Usul Fiqh akan diperbincangkan mengenai perkara ini.

Namun, kebanyakan pelajar pada hari ini kurang memberi penghayatan dalam pembelajaran mereka. Ramai pelajar yang berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang tapi tidak ramai yang betul-betul faham apa yang telah dipelajari mereka di sekolah. Itulah sebabnya pabila ditanya semula tentang apa yang telah dipelajari ketika di sekolah, mereka gagal untuk menjawab. Nasihat buat adik-adik yang masih di bangku sekolah juga buat sahabat-sahabat yang sudah menjejakkan kaki di alam kampus termasuklah diri penulis sendiri, marilah kita sama-sama belajar dengan bersungguh-sungguh bukan sahaja kita memahami apa yang dipelajari malah kita menghayatinya dengan hati dan dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian. insyaAllah.

WaAllahua'laam ~

* Sedikit pengenalan mengenai ilmu Fiqh & Usul Fiqh. Sebagai perkongsian ilmu buat semua. insyaAllah akan bersambung di entri siri seterusnya! (^_^)

0 comments:

Post a Comment

 

destinasi menuju ILAHI Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez