Thursday, December 10

Teman Suka, Teman Duka


permulaan yang penuh barakah dengan basmalah ~

Pabila Berteman
Setiap manusia  perlukan teman untuk berbicara, berkongsi suka duka, berkongsi masalah, bertukar-tukar pendapat, dan sebagainya. Ada pepatah mengatakan; "teman suka mudah dicari akan tetapi teman duka sukar dicari", ada juga yang mengatakan "teman tertawa di mana-mana, sahabat berduka sukar dicari". Ramai orang akui akan hakikat ini. Mengapa ya?

Kita gembira pabila teman-teman kita gembira namun di kala mereka sedih & bermasalah, kita tak mahu mendekati mereka. Ada sesetengah orang mengatakan, "biarlah dia pulih dulu, baru kita berkawan balik dengan dia,". Ada pula yang kata, "Dia nak bersendirian...biar la dia,". Sudahkah kita bertanya apakah masalah yang dihadapi teman kita? Apa sebabnya dia berduka? Ramai orang hanya suka membuat tanggapan awal sebelum bertanya terlebih dahulu.

Setelah kira-kira 20 tahun hidup berkawan, rasanya sudah berbagai-bagai pengalaman yang dilalui sepanjang diri ini bersahabat. Ada yang suka, ada juga yang duka. Di waktu gembira, ketawa bukan main hingga dunia pun sudah lupa. Bila datang masa sedih, siapa pun tidak tahu. Mungkin kerna diri ini yang lebih suka menyimpan masalah dalam diri. Itu pun satu hal juga! Kadang kala apabila dipendam-pendam, itulah yang menjadikan kita stress, tension, futur, moody, dan macam-macam lagi.

Mungkin lelaki tidak sama agaknya. Tetapi kalau bagi perempuan begitulah biasanya. Kaum Adam perlu tahu juga! Supaya mudah bila sudah berumah tangga kelak, tahulah bila si isteri merajuk atau marah. (^_^)

Memahami Teman
Bukan mudah untuk memahami isi hati orang lain apatah lagi mereka yang bukan ahli keluarga kita. Namun begitu, kita harus mengenali dan memahami hati teman-teman kita. Bagaimana untuk memahaminya ialah dengan sentiasa mengambil berat akan rakan-rakan kita. Tahu apa yang mereka suka, apa yang mereka tidak suka, apa yang mereka selalu buat, apa yang mereka jarang buat, sehinggakan apa yang mereka sedang fikirkan, mereka terasa dengan kita atau sebaliknya, itu lebih bagus! ^_~

Untuk memahami lebih mendalam, kita seharusnya lebih kerap bersembang dengan sahabat kita. Banyakkan masa bersamanya, kenali ahli keluarganya, cuba untuk selami hatinya. Namun begitu, pada hari ini masih ada teman-teman kita yang mengalami masalah "cemburu" dalam berkawan. Mengapa perlu cemburu? kita perlu berkawan dengan semua bukan hanya seorang sahaja. Menurut pandangan kaca mata saya, bukan sahaja kanak-kanak tadika yang alami masalah berebut kawan, hatta di universiti pun masih ada sebilangan manusia yang mengalami masalah yang sama. Apa puncanya? Kurang matang atau kurang sayang?

Apakah teman karib itu hanya perlu seorang sahaja? Pernah seorang sahabat saya berkata: "biasalah, kalau dah berkawan 3 orang pasti akan ada yang cemburu;". Kenapa perlu tanam dalam diri perspektif sebegitu? Inilah salah satu faktor mengapa Islam hingga kini mundur,  kerna umatnya sibuk dengan masalah hubungan sesama mereka walhal masih ada perkara yang lebih besar yang perlu dipikirkan iaitu masalah umat & agama, bukan masalah kawan-kawan yang remeh ini!

Teman Seperjuangan
Ini baru masalah dengan teman-teman biasa, belum lagi antara teman-teman seperjuangan atau dengan kata lain, teman se'fikrah'. Sangat berbeda di antara teman se'fikrah' dengan teman biasa. Teman yang sama fikrah ini biasanya lebih memahami diri kita kerana mereka hampir sama dengan kita, masalah hampir serupa, bisa membincangkan tentang isu yang sefahaman tanpa perlu berlapik-lapik. Biasanya merekalah yang akan menjadi teman suka dan duka kerana mereka lebih memahami akan konsep "al-muslim akhu muslim".

Namun, semakin erat & rapat hubungan maka di situlah datangnya ujian Allah untuk menguji sejauh mana kuatnya hubungan silaturrahim yang terjalin. Adakah dengan ujian ini mampu untuk merenggangkan hubungan yang telah terbina kukuh sebelum ini? Biasa kita lihat teman-teman seperjuangan kita ter'sungkur' di pertengahan jalan dek ujian yang datang daripada Allah Taala. Bak kata orang walau sehebat mana pun tarbiyah seseorang itu, tidak mustahil dia akan jatuh dengan godaan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan manusia sekiranya dia tidak menjaga imannya dengan baik. Na'udzubillah!

Di sinilah kita perlu memainkan peranan kita sebagai sahabat kerana seperti yang kita tahu "sahabat adalah mencerminkan diri kita yang sebenar". Mahukah kita melihat sahabat-sahabat kita terjunam jatuh ke dalam neraka? Kadang kala kita tidak  perasan akan perubahan dalam diri kita, namun sahabat kita  dapat melihatnya. Oleh sebab itu, kita hendaklah menerima teguran dengan hati yang terbuka.


Kelebihan & Kekurangan
Pernah suatu ketika pernah saya ditegur oleh sahabat saya agar menjaga mulut , iaitu berhati-hati pabila ingin berbicara. Tahu sajalah kadang kala pabila kita berbual seronok sangat sehingga tidak perasan apa yang kita katakan telah menyakiti hati sahabat yang lain. Kita juga harus tahu bahawa setiap orang dijadikan Allah mempunyai kelebihan & kekurangan. Seharusnya kita berusaha untuk menerima kelemahan sahabat kita dan meraikan kelebihannya yang ada.

Sekiranya kita melihat kekurangan dalam diri sahabat kita, cuba untuk memperbaikinya tetapi bukan mudah bagi seseorang untuk mengubah tabiat yang sudah dibiasakan. Kita harus ingat itu! Cuba juga untuk menutup kelemahan mereka dengan mencari kelebihan yang ada pada mereka. Begitu juga dengan kita, apabila mendapat teguran maka terimalah dengan hati yang terbuka dan berusaha untuk mengislahkan diri. Janganlah terlalu cepat give-up dengan teguran yang diberikan tetapi cuba untuk mencari kelebihan diri kita agar kita akan lebih bersyukur & bersemangat! (*_*)


Terima Seadanya
Segala kelebihan dan kekurangan pada diri kita juga sahabat-sahabat kita haruslah diterima dengan seadanya. Ingatlah! pasti ada hikmah di sebalik tiap-tiap yang berlaku. Seperti kata-kata Allah di dalam kitab-Nya dalam surah Al -Mukminun ayat 115 yang berbunyi:




(115) أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّما خَلَقْناكُمْ عَبَثاً وَ أَنَّكُمْ إِلَيْنا لا تُرْجَعُونَ


Apakah kamu menyangka bahwa itu semua Kami jadikan dengan sia-sia (tiada maksud), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? 

Kerana itulah pentingnya kita memahami hati sahabat kita. Ada masanya kita perlu mendekatinya  di kala dia dalam kesedihan dan bermasalah. Mungkin dia tidak mampu atau sukar untuk berkongsi masalahnya dengan kita tetapi sekurang-kurangnya kita sentiasa ada di sisinya untuk memberi semangat dan sokongan kepadanya. Begitu juga dengan kita, seeloknya kita khabarkan jika kita ada masalah agar teman kita merasakan bahawa dia dihargai sebagai seorang teman. Bukan dengan bermasam muka sehingga membuatkan teman kita terasa hati dengan kita gara-gara masalah kita yang tidak mahu diluahkan. Akhirnya, hubungan menjadi semakin renggang dan bergembiralah para syaitan melihatnya.

Pernah diperkatakan oleh ibu ketika saya mengadu kepadanya mengenai masalah yang dihadapi, kata ibu, "Biasalah dalam berkawan, pasti akan berlaku perkara sebegini. Kita semua manusia, ada kelebihan & kelemahan. Apatah lagi bagi kita yang berfikrah dan faham Islam, lebih besar ujiannya. Syaitan yang datang tu bukan syaitan yang biasa-biasa, malah yang berpangkat General yang datang. Itu sebabnya mereka yang kuat iman pun kadang-kadang boleh kalah,"

Jaga Diri, Jaga Teman, Jaga Iman
Langkah yang terbaik adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah " sediakan payung sebelum hujan" atau kata pepatah arab, " al-wiqayah khairu minal 'ilaaj". Marilah kita sama-sama menjaga diri, bukan saja diri kita malah diri sahabat-sahabat kita agar sama-sama mendapat ganjaran syurga di hari akhirat kelak. Allah tidak akan mengubah hati seseorang sehingga dirinya sendiri yang ingin mengubahnya.

WaAllahua'laam ~

0 comments:

Post a Comment

 

destinasi menuju ILAHI Copyright © 2008 Green Scrapbook Diary Designed by SimplyWP | Made free by Scrapbooking Software | Bloggerized by Ipiet Notez